tahun ni 2011, banyak sangat kehilangan berlaku di sekeliling aku...
nenek su aku, usu lias (suami kepada mak saudara aku), nenek angkat sebelah bapak aku dan beberapa lagi yang aku dah tak berapa nak ingat dah...
hari ni, usu lias aku seperti yang aku cakap tadi, suami kepada mak saudara aku meninggal...
mak kata dia meninggal sebab jatuh kat tempat kerja dia...
dia sangat baik... sangat memahami.. sangat bermotivasi...
tanpa disangka-sangka, dia pergi buat selama-lamanya hari ini...
aku kesian dengan keluarga dia.
mereka bukan dari keluarga yang senang.
tambah2 lagi skrang dah nak buka sekolah... mesti nak banyak pakai duit..
Ya Allah, Engkau ringankanlah bebanan mereka sekeluarga...Engkau curuhi rahmat ke atas roh Usu Lias dan tempatkan dia di kalangan orang2 yang beriman. aminnnn....
ajal tiada siapa yang tahu akan tiba bila...
entah2 hari ni, eskok, lusa, minggu dpn, bln depan, tahun dpn... Wallahu'alam...
aku juga turut kehilangan satu persatu anak kucing aku yang dilahirkan bulan sembilan yang lepas... asal 6 dan skrang cuma tinggal seekor...itupun sakit gak..
yang seekor ni pun sakit sebab ada cacing dalam perut..
dah berminggu-minggu tak mkn,...
aku tak nak dia tinggalkan aku seperti adik-beradik dia yang lain..
aku tahu peluang untuk dia terus hidup sangat tipis..
tapi aku x nak putus asa.... aku nak dia terus bersama aku...
berikanlah kesembuhan kepada dia Ya Allah...
biarkanlah dia terus berada disamping aku...
"Ya Allah, tiada benda atau sesuatu yang akan kekal di dunia ini,.. Semua nya hanyalah pinjaman... Nyawa aku adalah pinjaman dan orang-orang disekeliling aku adalah pinjaman daripada kau kepada aku... Janganlah Engkau ambil orang2 yang aku sayang daripada aku Ya Allah... sesungguh aku tak cukup kuat untuk menghadapi kehilangan mereka semua..aku masih mahu berada di sisi mereka dan aku nak mereka terus berada disisi aku sehingga ke akhir nafasku.. Aminnn...."