Friday 30 November 2012

sweet

Hahaha. Sweet btul. Ingatkan awak busy memanjang je sampaikan x sempat nk bls tweet. Basi seminggu dh tau tweet kite.Tup2, rupanya semlm awak ada bls. Hehehe. Cari kite ek? Kite br je 2 hr x on9. Tp bila sy on9 slalu, x da pulak awk peduli nk reply. Bila sy dh hilang, br awk nk reply. Hahaha. Awak ni pelik lh, kat fb awak balas bukan main laju je, tp kat tweet, slow giler. Siap awak bgtau lg awak dh bls tweet. Sorie r awak, sy x pasan pun awak ada reply tweet semlm, br tau lh ni bila awak bgtau td. Hehe. Kalau awak x bgtau, sampai bila pun sy x akan reply. Sott r twitter guna tablet ni. Huhu. Awak sahabat kite, hahaha, nape awk jd close sgt dgn kite ni. Jangan awak, hati wanita lembut n mudah terusik. Susah lh saya kalau awak usik hati sy tp x nk btanggungjawab. Hahahaha. Awak lah sahabat saya, MNIBM

Senyum

Thanks awak sbb buat saya senyum. Tipulah kalau saya ckp sy x rindu awak lps 2 hr sy x on9. X sangka pulak awak, hehe, mcm tau2 je sy hilangkan diri. Tengok nama awak muncul dlm noti sy pun dh ckp membuatkan sy tersenyum sepanjang hari. Saya bersyukur sgt2 sebab awak hadir dlm hidup saya wlpn hanya sebagai sahabat. Tapi sy nk bagitau awak sesuatu ni. Kalau awak x rasa apa yg saya rasa, lebih baik kalau awak x muncul dlm noti sy. Sy bg awak warning ni. Saya x nk nanti kita saling menyakiti satu sama lain. Tapi kalau awak juga rasa apa yang saya rasa, awak jagalah hati awak untuk saya. Berserahlah kepada Allah. Saya akan tunggu awak. Awak, saya bersyukur kerana awak jauh dari saya. Awak di melaka, sy pulak d srwk. Sy bsyukur sgt kerana jarak inilah yang menjaga hati kita. Dikala rindu, saya hanya mengadu kepada Allah. Berdoa agar Allah sampaikan salam rindu saya kepada awak. Awak, awaklah sahabat saya. Sahabat yang membahagiakan saya. Saya berharap agar awak terus jadi sahabat saya hinggalah sampai waktunya, in shaa Allah. MNIBM <3

Saturday 24 November 2012

bakal imamku, insyaAllah

Ya Allah, aku rindu dia. Engkau sampaikanlah salam rinduku padanya. Ya Allah, hatiku sudah terusik. Engkau jagalah hatiku agar tidak diusik oleh lelaki yang bukan untukku. Ya Allah, aku rasakan dia telah bantu aku untuk dekat dgn Engkau. Engkau bimbinglah dia agar dapat terus membantu aku. Ya Allah, Engkau telah wujudkan jarak pemisah antara aku dan dia. Engkau teruskanlah wujudkan jarak itu sekiranya dia bukan untukku. Ya Allah, hatiku merasakan sesuatu apabila mengingatinya. Engkau hapuskanlah rasa itu sekiranya dia tidak merasakan apa yang aku rasa. Ya Allah, sekiranya dia jodohku yang Engkau telah tulis di lut mahfuz, aku mohon Engkau satukanlah hati kami dengan redhaMu. Dan sekiranya bukan dia untukku, Engkau jauhkanlah dia dari ku. Aku serahkan segalanya kepadaMu. Dear bakal imamku, kalau ternyata kt ada jodoh, aku pasti akan tunggu dirimu. Walaupun kamu jauh di sana, namun jarak itulah yang membuatkan aku lebih menghargaimu. Terima kasih kerana bantu aku untuk jadi lebih baik. InsyaAllah, aku ingin menjadi yang halal untukmu dan aku ingin terus memelihara fitrah cinta kita. Bercinta lepas nikah. Awak : MNIBM All My Love