Wednesday 11 July 2012

aku dan diriku yang sekarang

Sedih, kecewa, tak biasa, semua perasaan negayang aku rasakan kebelangan ini.
Aku letih sangat. Aku penat.
Aku x pernah ceritakan kepada sesiapa ttg apa yang sedang aku alami kebelangan ini.
Mungkin orang nampak zahirnya aku sama, tapi batinny aku dah berubah.
Aku terjatuh ke dalam lubang yang teramat dalam sehinggakan aku sukar untuk bangkit.

Sudah hampir dua minggu ni aku sangat sibuk.
Mesti kawan-kawan sekelas aku hairan kenapa aku sibuk kan?
Sebab aku memang xpernah cerita pada sesiapa.
Lagipun, tak ada siapa yang nak tahu pasal aku.
Hari isnin yang lepas aku telah berpindah rumah.
Aku sekarang x tinggal lagi di astana. Aku tinggal di matang.
Dah berminggu -minggu aku sibuk packing barang.
Balik dari kuliah sampai malam, aku packing barang.
Hanya aku, mak dan bapa aku di rumah.
Mak aku sakit lutut, bapak aku pulak sakit tangan.
Jadi aku yang terpaksa bertungkus lumus mengemas semua barang rumah.
Aku penat sangat. Aku letih.
Semua ini buatkan aku tak boleh fokus dengan kerja aku.
Aku keliru dengan perubahan yang berlaku hinggakan aku tak boleh nak fokus dengan kerja aku.
Aku tahu aku ada menyinggung perasaan ahli kumpulan aku kerana tidak dapat nak buat kerja dengan baik.
Dan aku tahu aku yang salah kerana x pernah nak kongsikan masalah aku dengan mereka.
Seminggu ni, aku dah berada di rumah baharu.
Balik dari kuliah, aku sibuk unpack barang.
Aku letih.
Aku belum biasa.
Aku terpaksa turun satu jam lebih awal untuk kuliah dan balik satu jam lebih akhir gara-gara jam di matang.
Alku x hrpkan sesiapa untuk faham keadaan aku.
Aku cuma ingin meluahkannya tapi aku tidak tahu untukuHkannya dengan siapa.
Aku x blh nk tggung lagi bebann ini jadi aku pilih untuk meluahkannya kepada blog aku.

Ya Allah,berilah aku kekuatan untuk hadapi semua ini.

All My Love
Add caption