Thursday 28 July 2011

Krisis keluarga.

hai semua!!!

kadang2, apa yang kita perlu buat adalah meletakkan diri kita pada tempat orang lain. kita takkan pernah terlepas dari membuat kesalahan dan kita takkan pernah dapat memuaskan hati semua orang. nakkan ke taknak, pergaduhan dan ketidak saling fahaman pasti akan berlaku?

so macam mana cara yang terbaik untuk tangani semuan ini?
seperti yang aku kata tadi, kita perlu meletakkan diri kita pada tempat orang lain. kita cuba bayangkan kita sebagai dia dan cuba memahami perasaan dia pada ketika itu.

ok, apa yang aku merapu kata tas tu sebenarnya ada kaitan dengan apa yang aku nak cakap hari ini.

tadi, mak dan kakak aku baru lepas bergaduh... petang tadi aku yang gaduh dgn kakak aku..
giler takut aku...
giler teruk dyeorg gaduh...
sampai menangis & bapak pun melibatkan diri skali....

kenapa berlaku pergaduhan kat rumah?
Saling tidak memahami antara satu sama lain dan tidak mahu peduli hati dan perasaan satu sama lain, ITULAH PUNCA PERGADUHAN!

mak aku jenis yang kuat berleter. kakak aku pulak jenis yang degil.
bila mak aku asyik nak berleter tiap2 hari tak kira ada salah ke tak, kakak aku akan lawan cakap mak aku. bila kakak aku meluah apa yang dia rasa ttg mak aku, mak aku pulak tak nak dgr...

so, bagi aku kat cni, dua2 salah...

wahai mak2 kat luar sana, tolonglah kurangkan berleter kat anak-anak. jiwa anak mana yang tahan dengar leteran hari? dan wahai mak2 sekalian, dengarlah luahan hati anak2 anda. kita perlu mendengar untuk lebih memahami & menyelesaikan masalah. jangan asyik nak kata sendiri betul walaupun mak2 lebih awal makan garam dr kami yang muda2 ni...

wahai anak2 pulak, jangan melawan kata makbapak.. buat mak dan ayah menangis bermaksud tak cium syurga.... jangan degil. jadi anak yang taat. tak kisah lah kita betul ke salah ke, ke diamkan aje... cukuplah kalau kita sorg saja tahu yang kita tidak bersalah. bersabar dengan kerenah makbapak sepertimana mereka bersabar dengan kerenah kita. hargailah makbapak selagi mereka masih ada didunia ini.

walau apa pun yang berlaku, aku sayangkan keluarga aku...
aku sayangkan bapak aku.
aku sayangkan mak aku.
aku sayangkan kakak aku.
aku sayangkan abang aku.
aku sayangkan adik aku.
aku sayangkan diri aku sndiri
dan aku sayangkan keluarga ini.

aku berdoa agar aku diberi lebih banyak masa lagi untuk bersama dengan mereka semua dan aku berdoa yang keluarga aku akan tetap kukuh dan bahagia sampai ke akhir hayat kami semua.

Ya Allah, Engkau tempatkanlah mak dan bapakku di tempat orang2 yang beriman disisiMu. Engkau panjangkanlah umur mereka dan kurniakan lah mereka nikmat kesihatan dan kesenangan hidup didunia dan di akhirat.
Ya Allah, Engkau berkatilah kami adik beradik. berikanlah kami kejayaan hidup didunia dan di akhirat. Engkau jadikanlah kami adik-beradik sebagai anak2 yang soleh dan solehan kepada kedua ibu bapa kaimi.. Amin Ya Rabbalalamin..

All My Love

Monday 25 July 2011

foto2....


ni gambar yang aku ambil masa pergi gunung gading dengan rakan2 sekelas.
gambar ni aku edit2 tulisan dan aku antar ke pertandingan fotografi islamik.
aku antar bukan nak menang tapi aku antar utk suka2 je..
utk FKI, aku antar sajak, gubahan bunga & foto... saje masuk sbb nak memeriahkan penyertaan...
Alhamdulillah, gambar aku terpilih sebagai pemenang... no1.
aku sungguh x sangka2...
gubahan bunga aku pulak dpt no.2.
& sajak aku pulak x dpt nombor apa2 sbb byk lg karya org lain yg lbh baik...
Alhamdulillah, aku puas sbb aku dah masuk ptdgn2 yg aku rs aku boleh buat..
puas sbb mencuba...menang x menang, itu hal lain...

ok, musim FKI dh abis, skg ni musim Alam sekitar lak..
aku cadang nak msk ptdgn reka cipta, sajak & foto.
InsyaAllah, kalau ada masa, sempat lh aku buat karya2 aku...
kali ni aku x bcdg pun nak menang apa2.
saja nak asuk sbb nk uji kekreativitian otak aku...
hoka hoki, otak kanan, siap sedia lah kau! hehehe...

All My Love

Kilat?

mlm ni aku nak bincang cjit pasal kilat...
ni sebagai nota2 ckit..


Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu.[1] Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah. Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.[1]

Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan cas statik.

Kilat juga menghasilkan medan magnetik dan sinar X.

Secara purata, kilat membawa arus elektrik sebanyak 40 kiloampere (kA) (meskipun sesetengah halilintar kilat boleh mencapai lebih 120 kA) dan memindahkan cas sebanyak 5 coulomb dan 500 MJ. Voltan bergantung kepada panjang kilat, dengan pemecahan dielektrik di udara mewujudkan 3 juta volt per meter; menghasilkan lebih kurang 1 gigavolt (1 bilion volt) bagi 300 m (1000 kaki) halilintar kilat. Dengan arus elektrik sebanyak 100 kA, ia menghasilkan kuasa kira-kira 100 terawatt. Bagaimanapun, penghasilan kilat bukanlah pemecahan dielektrik yang ringkas dan medan elektrik di sekitarnya diperlukan bagi perambatan kilat pendahulu, boleh menghasilkan beberapa turutan magnitud kurang daripada kekuatan pemecahan dielektrik. Selanjutnya, kecerunan keupayaan dalam saluran panahan balik terbina baik dalam urutan seratus volt per meter atau kurang kerana saluran pengionan yang sangat besar, menghasilkan output kuasa sebenar dalam turutan megawatt per meter bagi arus panahan balik kuat sebanyak 100 kA.

Kilat memanaskan udara sekitar kepada kira-kira 10,000 °C (18,000 °F) hampir serta-merta, hampir dua kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan gelombang kejutan yang dapat didengari yang juga dikenali sebagai guruh.

Panahan balik halilintar kilat mengikut saluran cas sahaja adalah kira-kira 1 sm (0.4 in) lebar. Kebanyakan panahan kilat adalah kira-kira 1.6 km (1 batu) panjang. Rekod panahan kilat terpanjang yang pernah dicatatkan ialah 190 km (118 batu), dilihat berdekatan Dallas, Texas, Amerika Syarikat.Setiap lokasi mempunyai keupayaan (voltan) dan arus bagi purata panahan kilat yang berlainan.

Saintis NASA telah mendapati gelombang radio yang dihasilkan oleh kilat melompat melepasi zon selamat dalam jalur sinaran di sekeliling bumi. Zon berkenaan dikenali sebagai jalur Van Allen, berpotensi sebagai perlindungan selamat untuk satelit daripada sinaran matahari.



apa yang aku post tadi adalah serba sedikit pasal kilat....
hurm~ kenapa aku tetiba fikir pasal kilat?
tadi, waktu aku balik dr kuliah, hujan turun dgn lebat wif thunder & bolt.
aku bukan main takut lg nak bjalan balik ke asrama.
gara2 takut dgn kilat & hujan yang terlalu lebat, aku dgn a few classmates aku lepak2 lah dulu dalam kelas.
suspens giler dalam kelas. tengok kanan kiri kilat sambung menyambung.
fobia... semua ni gara2 kejadian budak junior kena sambar kilat...
nasib baik dia kena 'ekor' kilat je.. x teruk sangat.
cuma gigi patah, lebam ckit2 & dmasukkan ke hospital...
time tu jugak dia tgh guna MP3. mana tak nye...
dalam news, macam2 berita yg dlaporkan.. hampir semua nya x betul... tokok tambah...
berita yg btul2 sahih adalah berita dr izhama jibang. dia saksi utama.
gara2 hal yang berlaku pd junior aku tu, aku jd fobia dgn kilat.

ok, persoalan aku... :

korang kalau tengok hujan lebat & kilat, korang buat apa?
buat2 x tahu je ke atau cari tempat yg selamat... (bawah meja?) hehe...
kalau org tu x reti takut, kompom dia main redah je hujan & kilat tu...
tapi kalau org yg penakut mcm aku, hehehe.. fhm2 je ler...

oklah, itu je entry utk hr ni..
pesanan aku, jaga diri baik2..
takut tengok kilat sambar menyambar tu, elak2 lah k.. hehee



All My Love

Sunday 24 July 2011

Mr.White

Dear, Mr. White, I love you!



aku ni peminat setia warna putih.
dulu waktu aku kecik2, aku x suka warna putih ni... sebab mak aku slalu brainwash aku... dia kata warna putih ni cepat kotor, kalau kotor, susah nak hilangkan kesan kotoran. haiya.. demi baju mak aku boleh brainwash aku..

tetapi sejak aku meningkat dewasa (18thn), aku mula minat sesangat dgn warna putih ni...
aku mula terfikir dengan persoalan-persoalan kenapa ramai yang x suka warna putih?

Kenapa orang x suka warna putih?
Sebab mudah kotor je ke?
kalau x de warna putih, colour lain takkan ada...

jadi, aku punye lah fkir & fikir & fikir, akhirnya aku mula memerhati semua benda yang berwarna putih... makin lama aku tengok, makin aku jatuh cinta dengan warna putih.

dan aku mula membeli semua benda yang berwarna putih.
mungkin x nampak sangat aku suka warna putih sebab barang aku banyak yang warna lain.
tapi aku memang cinta sesangat dengan warna putih.
nanti, bila aku dah keja, aku nak beli semua barang aku warna putih.
aku nak jadi the white lady & bina the white house... hehehe.. ^^


All My Love