Monday 14 January 2013

Hidayah, InsyaAllah.

Sepanjang cuti yang lepas, Aku banyak memuhasabah diri, Terutamanya ttg sejauh mana kesolehan aku. Terus terang aku katakan sejak aku berkawan dengan mnibm, aku rasa diri aku sudah berubah, bila bersamanya, aku sentiasa rasa nak memperbaiki diri, aku teringin nak jadi lebih baik. Bukannya sebab aku nak tunjuk kepadanya (bukannya kami dua bjumpa pun) tetapi kerana aku ingin berubah, aku sudah jauh tersimpang dari landasan muslimah. Sekali lagi aku tegaskan yang aku berubah bukan kerana dia, tapi kerana diri aku sendiri, dan juga kerana ayahku. Dosaku masih ditanggung oleh ayahku. Aku syg ayahku, aku x nk menarik sebelah kakinya dr menjejaki syurga kerana perbuatanku. Alhamdulillah, sikit demi sikit aku cuba untuk melakukan perubahan. Aku banyak mencari info ttg smbhyg (dagu nampak dan telapak tangan yg ditutupi kain semasa sujud x sah solat), ttg info tudung (niat nak beli tdg bidang 45,50,60), niat nak pakai stoking (msh blm terlaksana), berusaha utk jd anak yg solehah kpd ibubapa dan berusaha utk mendalami ttg tgjwb isteri (ya, aku juga bljr ttg ini). Sekiranya rakan2 aku prsn, aku sudah tukar stail tudungku, aku tgh cuba utk menutupi kedua-dua blh dadaku wlpn tdgku x labuh mana. Aku tgh cuba utk pnjgkan bajuku melepasi punggung, aku tgh cuba membesarkan saiz pakaian yang aku beli atau yg mak aku jahit. Aku tgh cuba nak berubah, dan aku berharap sgt hidayah akan sampai tak putus2 kepadaku. :'( P/S: org kata kalau nk berubah jd baik, berkawanlh dgn org yg membawa kamu ke arah kebaikan. Alhamdulillah, aku temukan dia yg sentiasa membimbing aku dan menjadi pendorong aku. Aku akan dgr nasihat dia, utk jd baik, rajin, dan jd isteri yg baik kpd bakal suamiku, siapa pun dia. Tq mnibm. Aku ada keluargaku yang menemani aku setiap masa. Demimu ayah, aku akan jd anakmu yang solehah, demimu ibu, aku mohon hidayah, demimu adik beradikku, aku doakan kesejahteraan dan kekuatan iman agar tidak menarik ibubapa ke neraka, nauzubillah, atas perbuatan sendiri. Tq familiku. Aku temukan kawan yang seperti aku, sedang berusaha utk memperbaiki diri. Tq zara hannan. Aku ada kwn2 yang mcm mana keadaan aku sekalipun, baik atau buruk aku, hodoh atau cantik aku, jahat atau baik aku, mereka sentiasa terima aku, tegur aku dan ada untukku. Dan paling pntg, mereka x ajak aku ke jalan yg x baik. Tq classmates tersayang.

1 comment:

  1. insyaAllah,sama2 kta berubah ke arah yg lebih baik..sedikit2, utk baiki hbgn kta dgn Allah..
    :)

    ReplyDelete