Sunday, 6 January 2013
unfinish business is finish. hehe
Unfinish business in my heart.
Ni yg buat aku rs depressed sgt.
Aku cuba ketawa dan 'menggila' sebanyak mungkin di dpn kwn2 aku untuk tutup kerisauan dan kesedihan yang berada di dalam hati. Ok, mesti nak tahu apa yang berlaku kan? Meh aku cite dlm bentuk puitis sikit.
Aku berdiri di persimpangan jalan.
Dua jalan terbentang luas di hadapanku,
Namun hala tujunya masih kabur,
Dan dilema ini terus menghantui aku.
Satu jalan akan membawa aku ke penamat bagi segala penantian. Namun aku harus menghadapi satu kehilangan. Bermakna aku kehilangan cinta dan dirinya.
Satu jalan lagi membawa aku ke arah penantian yang tiada penghujung. Namun dia akan terus berada di hati aku. Bermakna aku perlu terus bersabar menanti cinta dari nya.
(perrghhh, gila jiwang ayat)
Aku dilema untuk memilih jalan mana yang aku harus lalui.
Adakah aku harus menamatkan prsn ini ataupun trs berharap. Tiap hari aku memohon diberikan petunjuk oleh Ilahi. Jalan yang manakah yang tebaik untukku dan harus aku pilih.
Selepas solat subuh pagi semalam, aku sudah mendapat jawapan. Entah macam mana hatiku tenang dan bersedia untuk melalui jalan itu. Jalan yang mana? (korang teka lah dulu jalan mana yang aku pilih) jeng3. Ada yang nasihatkan aku supaya pilih jalan yang membawa kpd penamat bagi segala penantian kerana menunggu itu sgt menyeksakan. Ya, aku pun pernah terfikir begitu, dan jalan ini adalah lebih rasional. Namun, bukan jalan itu yang aku pilih. Ye, aku pilih jalan yang satu lagi, pemulaan bagi penantian yang tiada penghujung. Kenapa jalan ini? Kerana ini gerak hati aku beritahu slps aku solat subuh. Mungkin petunjuk dari Allah. Selepas aku buat keputusan tersebut, aku rasa lega sangat kerana dilema aku sudah berakhir. Dan sekarang aku perlu berhadapan dengan dugaan yang akan aku lalui sepanjang melalui jalan ini.
Entah kenapa aku rasa jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang patut aku lalui kerana secara tidak disangka-sangka dia kembali malam semalam. Dia kembali selepas aku buat keputusan untuk terus menunggunya. Dan aku dapati dia selalu mendoakan aku. Adakah ini boleh dikira sebagai petunjuk? Mungkin penantian ini akan membuatkan hati aku lelah namun tersisip juga kebahagian di dalamnya. Aku perlu byk2 bersabar. InsyaAllah, aku yakin dengan janji Allah, orang yang bersabar pasti akan beroleh keuntungan. Sekiranya jodoh x akan kemana, kalau dia yang Allah ttpkan utk aku di luh mahfuz, cpt atau lambat Allah akan satukan kami. Dan sekiranya bukan, Allah pasti akan gantikan dengan dengan lelaki yang lebih baik. Tetapi buat masa sekarang, biarlah aku terus mencuba, terus bersabar, dan terus berharap yang dia untukku. Ini keputusan aku dan aku tidak akan menyesal dan menole ke belakang lagi. MNIBM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment