Monday 25 June 2012

Jodohku ialah dirimu bab 1

Tajuk : Jodohku ialah dirimu

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

Bab 1

“Mana awak pergi? Kita mesej tak balas, kita call tak jawab, kita chat tak ‘reply’? Dah seminggu awak hilangkan diri macam ni!” soal Nashif kepadaku. Wajah Nashif kemerahan menahan rasa marah kepadaku. Sudah seminggu aku mengelak darinya. Aku tahu memang patut pun dia marah kepadaku tapi apa yang aku buat ini semuanya bersebab. Sebab yang aku pendam dari dia, Nashif Nasrullah.

“So do you really want to know?! Mana saya pergi?! kenapa saya buat semua ni?! Ha?! Stop it Nashif! Please don’t act like you care!” jerit Zarin dengan pandang mata yang tajam.

“Zarin, what did I do wrong? Awak tahu saya risaukan awak. Kalau saya ada buat apa-apa salah kepada awak, saya minta maaf, ok? Tapi please, jangan hilangkan diri macam ni. I really care about you…”. Lelaki! Memang tak sensitif langsung. Aku dah agak dah dia tak sedar apa salah dia. Separuh hati aku rasa marah pada dia dan separuh lagi rasa sedih kerana hari ini aku akan menamatkan segalanya antara aku dan dia.

“Nashif, awak kata awak sayangkan saya tetapi kenapa awak masih tak sedar yang awak dah khianati rasa sayang antara kita?! Ya, saya tahu sejak kebelakangan ini saya sibuk, saya jarang nak ‘spend time’ dengan awak, tapi ini tak bermaksud saya benarkan awak bermesra dengan perempuan lain, dengan adik angkat saya sendiri!” tempelak Zarin kuat-kuat.

“Wait, what do you means? Fida?! I dengan dia tak ada apa-apa.” Jelas Nashif dengan nada yang tegas. “I cuma nak tenangkan perasaan dia…nak tenangkan hati dia…dia kecewa sebab mamat yang dia suka tak mungkin akan menjadi milik dia. That’s all!” Bulat mata Nashif memandangku. Matanya sudah mula menakungkan air yang jernih. Menunggu masa untuk dilepaskan.

“It’s you, you damn it! She loves you!” tergetar-getar bibirku melafazkan kata khianat perempuan yang aku anggap seperti adik aku sendiri. Tak pernah aku membayangkan yang aku akan meluahkan perasaan cinta perempuan lain kepada kekasih aku sendiri. Hatiku meronta. Badanku mengigil. Air mata mula berbutir jatuh ke pipiku.

Nashif tidak berganjak. Matanya meliar-liar seolah cuba mengimbas kembali segala yang telah berlaku.  Nashif mengeleng-gelengkan kepalanya. “No, I can’t believe this! It’s not true.. not me!” tenpelak Nashif. Antara kenyataan dan pembohongan. Nashif masih tidak mempercayai hakikat yang menjadi sebab mengapa aku mengelakkan diri daripada selama seminggu. Dan masa seminggu itu adalah masa untuk aku memikirkan kembali hubungan antara aku, Nashif dan dia.

“This is a matter of three hearts, I will not lie to you! Saya tahu awak tak sedar perasaan Fida pada awak selama ini. Awak tahu saya sayangkan Fida macam adik saya sendiri. Dan awak juga tahu saya betul-betul sayangkan awak.” Jelas Zarin perlahan. Zarin terus mengesat air mata yang jatuh ke pipi. Zarin perlu membuat keputusan demi rasa sayang kepada dua insan yang penting dalam hidupnya…walaupun dia perlu mengorbankan cintanya.

“Zarin…” rayu Nashif.

“Nashif, awak tak bersalah dalam hal ini. Saya yang bersalah. Saya yang abaikan awak. Jadi, saya tak nak bebankan awak untuk pilih antara saya atau Fida. Dah lama saya fikir tentang ini. Saya akan lepaskan awak dan kita dah tak ada apa”

“stop it!” serta merta Nashif memotong penjelasan Zarin. “Siapa bagi you hak untuk buat keputusan! Senang-senang je you nak lepas tangan. You tak fikir ke tentang perasaan I?! You ingat bila you dah mengalah macam ni, I akan pilih Fida?! No! It’s you that I love…it’s you that I want… and I will not let you go… never!”  jerit Nashif. Zarin terkedu mendengar kata-kata ikhlas dari Nashif. Dia berasa serba salah. Hatinya mula ragu-ragu.

“Nashif, why do you want to make it harder for us? Fida needs you more than I do.  Awak tahu bukan betapa sakitnye dia bila tak dapat nak memiliki you. Dia tak lalu nak makan, dia tak boleh nak focus dengan study dan dia selalu pengsan. I tak sampai hati tengok dia macam tu. Kalau you betul-betul sayangkan I, you terimalah dia. Please, Nashif…” pujuk Zarin.

Nashif keliru. Syarat Zarin sangat sukar untuk dipenuhinya. Namun demi membuktikan sayangnya pada Zarin, dia turutkan jua kemahuan Zarin. Hubungan yang sudah 3 tahun terbina antara mereka terpaksa ditamatkan demi sebuah pengorbanan. Nashif  terpaksa menipu hatinya untuk menerima Fida dan melupakan zarin dalam hidupnya.
All My Love

Thursday 7 June 2012



oh, aku rasa geram sangat.
patutlah aku x pernah nak habiskan novel yang aku buat.
baru aku tahu apa kelemahan aku.
AKU X TAU NAK GUNA AYAT BUNGA2! AKU X TAU MACAM MANA NAK GAMBARKAN SESUATU SUASANA TU DENGAN LEBIH DRAMATIK.

haishhhhh...........
idea banyak tapi nak melahirkan idea tanpa banyak kesilapan tatabahasa and ayat memang sangat susah bagi aku.
aku buat novel, dialog boleh tahann tapi nak buat  ayat2 lepas dialog atau nak gambarkan dialog tu lah yang aku lemah.

aku rasa lebih baik aku pencen je buat novel. baik aku buat skrip je. skrip guna dialog je kan.
x payah aku nak pecah kepala pusing2 pikir ayat lg... huhuhu... 

~feeling down~

Monday 4 June 2012

sepanjang aku menyepikan diri







As-salam buat pembaca sekalian...
ternyata sepi itu buat hati aku kosong.
kosong tapi tenang.
bermula hari jadi aku, aku memilih untuk nmenyendiri buat seketika.
untuk tenangkan diri aku.
aku mula satu kehidupan baru.

sepanjang kesepian yang aku nikmati ternyata banyak dugaan yang meragut kesepian itu.
dugaan ni yang aku pendam dan tak pernah cerita kat sapa2.
baru hari ni aku terasa nak meluahkan.

kalau kita ingat kita yang paling sedih dalam dunia, kita silap.
kerana ada lagi yang lebih sedih dari kita.
kalau kita ingat kita menghadapi dugaan yang teruk yang tidak dapat kita bayangkan, kita silap,
kerana ada lagi orang yang mengahdapi dugaan yang lebih teruk berkali-kali ganda daripada yang kita alami.
jadi, aku ingatkan diri aku, yang apa yang aku alami mungkin tidak seperti apa yang orang alami, mungkin lebih teruk, jadi aku perlu reda dengan segala yang menimpa aku...Wallahualam...

dia tidak pernah  'ngam' dengan aku.
aku selalu bergaduh dengan dia walaupun tentang perkara-perkara yang kecil.
namun jauh di lubuk hati aku, aku sayangkan dia.
aku x pernah nak tunjukkan sayang aku sebab aku ego.
aku ego kerana dia juga ego.
namun kami tetap sudara kandung, dia tetap kakak aku.
dan aku tetap sayangkan dia.

'hepatitis B'
perkataan itu telah meragut keegoan aku.
apabila kakak aku memberitahu yang kemungkinan dia menghidapi hepatitis b, aku rasa segala jenis penyesalan bersarang di lubuk hati aku.
penyakit ini yang dikatakan boleh menjadi kanser sekiranya tidak dirawat, benar-benar menyababkan kami sekeluarga risau.
menurut doktor, muka, mata dan kulit kakak aku kuning dan dia kurang darah beroksigen (oxyhaemoglobin). oleh itu, doktor telah membuat kesimpulan yang kemungkinan kakak aku menghidapi hapatitis b.
tapi ini hanyalah kemungkinan yang tinggal sebagai kenyataan yang tidak benar kerana ujian diagnostik yang keluar selepas 2 minggu menunjukkan bahawa kakak aku negatif hepatitis B.

namun, semua ini tidak berhenti cuma disitu.
doktor ingin membuat lagi pengesahan mengenai keadaan sebenar kakak aku.
oleh itu, kali ini doktor ingin membuat ujian darah talesemia pulak.
dan keputusannya, aku masih tidak tahu.

yang aku tahu kakak aku kekurangan darah merah dan cepat letih.
aku x tahu keadaan sebenar dia kerana dia tidak menceritakannya kepada keluarga.
aku nak sangat tahu tapi aku terlalu ego.
keegoaan yang tidak ada maknanya.
aku hanya mampu berdoa dia diberikan kesihatan dan dikuatkan tubuh badan dan mental untuk menghadapi dugaan yang diberikan.

p/s : kakak, sorie and i love u!