Monday 17 December 2012

evil thinking

Haha. Mulalah pemikiran jahat aku bermain di minda lepas aku tengok gmbr kahwin yang ex aku ambil untuk customers dia. Hampir2 aku nak komen kat gmbr tu "mun kmk kawen, kmk mk upah ktklah jadi photographer, blh?" hahaha. Agak2 nya apa jwpn dia ho? Hahaha.

2 goodnews

Alhamdulillah, result exam dah keluar. Aku lulus dan boleh teruskan pengajian. Result exam berita baik yang pertama, berita baik yang kedua ialah he's back dan dia org pertama yang wish tahniah kat aku. Right on time. I want to share this happy moment with him and then he comes when i need him the most. Aisehhh, bahagianya! Thank you awak. So, hari ini aku ada 2 berita gembira. Aku syukur sangat2, Ya Allah. Terima kasih atas nikmatmu ini. Patience paid off.

Saturday 15 December 2012

no title

Hahaha. Cian, dia bkn setakat busy je tp kat rumah dye x da internet connection jugak rupenye. Hehe. Patutlah x dpt nk on9. Dia kan pandai hack tenet rumah org, nape dye x buat ek dgn jiran sblh dia? Haha. Pttlh sabtu mggu pun dia g kampus buat kerja. Tapi btul2 kesian tgk keja dia byk sgt. Pameran, bengkel presentation, asgmnt, projek lg. Haishhh, susah jugak ek org yg ambik course IT nih. Nampak sgt dia kepenatan, sampai makan minum pun x terjaga. Tetapi sempat jugak nak risau kat org lain. Hehehe. X pyh lh awak nk risau kat saya, awak risaukan diri awak tu je. Saya janji akan ikut nasihat awak. Sy akan jaga makan, x minum air ais, kurangkan mkn rmbtn n mkn byk2 supaya chubby. Sy x nk lh buat awak risau. Hehe. Seronok sgt bila setiap msg yg awk antar mesti diiringi doa pada hjg ayat. Thanks sbb doakan sy. Sy pun akan slalu doakan awak. Awak selalu yakin pada diri sy dan kdg tu buat sy takut sbb sy takut x blh nk jd org yg awak anggap atau harapkan. Tapi, itulh keistimewaan awak, sentiasa bersangka baik. Awak, satu lagi hikmah yg saya dpt dr jarak yg memisahkan kita ni. Hikmahnya sbb Allah nk kita saling mendoakan satu sama lain. Wlpn jrg berhubungan, tapi sy akan berhubungan dgn awak dlm doa. Dan itu lg sweet. Sy x nk pkir yg bkn2 psl awak lg, sy nk percayakan awak. Awak kwn yg tersweet yg pernah sy ada dan sy hrp awak akan trs bersama saya hingga ke syurga, wahai sahabat. MNIBM

Wednesday 12 December 2012

let go huh?

Aku asyik keluar. Ye aku tahu. Nak tahu kenapa aku slalu keluar? Sebab aku nak sibukkan diri aku. Bila aku sibuk, aku x akan fikir pasal dia. Sakit hati bila dia hilangkan diri. Dia terlalu sibuk dgn projek dia. Aku tau dia dh minta maaf sbb menghilangkan diri skjp tp kalau x dpt on9, at least msg lah aku. Semlm dia br settle dgn presentation projek bengkel 2 dia. Tp dia msh ada lg asgmnt yg perlu dibuat lg. Hurm~ haish, ini br kawan dh kena abai mcm ni, blm lg bini. Maybe aku ptt let go je dia kot. Maybe jodoh kami setakat kawan je kot. Hurm~ :-(

Tuesday 11 December 2012

text msgs

Pagi tadi, we text each others. Just a few text messages asking him where does my frog prince gone. Yup, almost 2 days he didnot on9 fb n tweet. And i miss him. He said sorry, he had been so busy lately. He cares for me. He asked "pa kabar, demam dh sihat kh?" Funny! Demam meh yg sihat n not me? Hahaha. Padahal dh sebln dh demam ya, haha, i guest he doesnt know huh?! Anyways, he asked me to take care of myself. X pa lh, at least he cares. Haissshhh, rs nk deactivate fb n tweet pulak dh. X lh aku rasa tertunggu-tunggu n rindu,tak gitu? Hahaha.

Monday 10 December 2012

hanya kepadaMu tempatku mengadu

Hanya kepadaMu tempatku mengadu, Ya Allah. Hidupku, ajalku, rezekiku, jodohku, ibadatku, aku serahkan kepadaMu. Tika hati ini sedih, rindu, kecewa, marah, aku bercerita kepadaMu, Ya Allah. Engkau yang memberikan ketenangan ke dalam hati sesiapa yang Engkau kehendaki. Selepas solatku, aku akan mengadu kepadaMu Ya Allah, melalui doa dan melalui tangisan air mata. Engkau yang memahami isi hati aku. Engkau juga tahu apa yang terbaik untukku. Dan aku yakin Engkau akan berikan yang terbaik untuk aku. InsyaAllah. Tika solatku selesai, aku akan terbaring di atas sejadah dan mengadu kepadaMu. Saat itu aku terasa dekat denganMu, Ya Allah. Engkau sentiasa ada untuk aku. Selama ini aku lalai dan mengabaikanMu. Aku memohon keampunan dariMu, Ya Allah. Engkau yang maha pengampun lagi maha mengasihani.

Sunday 9 December 2012

wondering

I tertanya-tanya, agaknya dia tggu msg dr aku ke x ye? Hahahahaha Sungguh, ego aku sangat mahal. Aku x mk lh msg dia dulu. Wlpn aku tau dia msh x da no aku sbb dia blm bukak msg fb dia. Tapi i choose not to text him first. Biar dia msg dulu. Pmpuan mestilh jual mahal, kan3? Hehehe. Mcm mana pun, aku nk trs ego mcm ni. Biar dia yg cari aku dulu. Muahahahahaha. Sometimes tu kan, aku rasa elok lg kalau kami dua x exchange number. Aku takut kang aku lg lh x dpt nk elak atau jauh dr dia. Kang semakin aku lemas dlm perhatian dia kang. Aku x nk lh. Aku dh biasa sendiri. Aku rasa rimas lak. Dia caring sgt lah wei, asyik suruh aku cite mslh kat dia. Padahal, aku x biasalah cita mslh kat org. Mslh aku semua aku cita kat blog. Org dh biasa single, mengadunye pun kat blog. Hahahaha. Lagipun aku bukan nye jenis yg nk sgt depend kat org. Berpaut sgt kat org kdg blh melukakan tau. Sbb bila org tmpt kita berpaut tu tinggalkan kita, lg sakit nk pujuk ati nanti lh wei. Mmg akan rasa kehilangan sgt2 nanti. Ok, setakat tu je lh aku nk merapu ptg2 ni. Hahaahaha. Thaks sbb buang masa bc entry aku. Haha

Saturday 8 December 2012

questions!

New stage in our relationship. We exchanged numbers. But neh~don 't feel like texting him for now. Haha. Don't wait for my msg ow. Hahaha. He asked me, if i were the prince, who is the princess, is it you? Hahahaha, walayehhh, hmpr2 aku ingat dye nk melamar td. Haha. Eventhough mcm ada lh jgk mcm tu. I said, i don't deserve to be his princess. He is too good to be true. And so, it's our fantasy and not reality. I asked him about his ex gf just now. Whether is it true that someone who used to be my friend was once his gf. I know it is a bad things asking about his ex. But i deserve to know the truth, right? I have the right n power to stop this relationship if i want it to. Should i? Eventhough we're just friends but i'm afraid that i'm the only one hoping for his love and he doesnt. I'm afraid to get hurt again. If my heart hurts, it takes forever to recover. I just trying to protect my heart.

Friday 7 December 2012

masa

Kadang tu kan, aku rasa mcm nk elakkan aje si dia. Tapi semakin aku elak, semakin dia dekat, dan semakin hati terpikat. Aku x tau lh, adakah bila dh rapat mcm ni kami akan terus kekal jd kawan?perkara yang aku takutkan dah berlaku. Ye, aku suka dia lbh dr seorg kwn. Ini yang aku takut2kan. Aku x blh nk undo. Aku x blh nk slhkan dia sbb caring sgt kat aku. Aku x blh nk slhkan dia sbb muncul dlm hidup aku. Aku patut slhkan diri aku sndiri. Aku x ptt terima atau kwn dgn dia dr mula. Tentang aku dlm hidup dia? Aku x pasti dimana letaknya aku dalam hidup dia. Dia biasanya on9 twitter n fb sbb nk bls komen n status aku. Sesibuk mana pun dia, dia ttp luangkan masa utk bls komen b fb aku. Dia nak aku share mslh dgn dia. Dia nk aku mengenali diri dia. Dia nk lebih kenal siapa diri aku. Tp ckpkan semua itu untuk membuktikan tempat aku di hati dia? Dimana? Level hati ke brp? Siapa aku untuk dia? Aku takut mengharap dan diharapkan. Aku takut aku mengharapkan cinta dia. Aku takut kalau dia mengharapkan cinta aku. Dan mungkin kami berdua saling takut hinggakan kami berdua melukis satu garis batasan dalam meluahkan perasaan masing2. Yang kami perlukan hanyalah masa. Biar masa yang menentukannya. Sejauh mana perhubungan ini boleh pergi atau bilakah ianya akan berakhir? Masa akan mengubah segalanya.

Thursday 6 December 2012

takut

pernah aku mendoa agar dijauhkan dari dia. ya, aku pernah doakan perkara tersebut. kenapa? kerana, aku takut berharap dan diharapkan, aku takut kehilangan ketenangan, aku takut aku lalai, aku takut aku makin jauh dari Allah, aku takut aku belum bersedia, aku takut kalau dia tidak rasa apa yang aku rasa, aku takut bilamana setiap kali terfikirkannya jantung aku berdebar-debar, aku takut fikiran aku selalu memikirkan dirinya, aku takut aku tengelam dalam cinta manusia, dan ketakutan aku sangat menakutkan aku. tapi semakin aku menjauhkan dia, semakin dia hampir dgn hati aku, semakin aku takut, semakin kuat hatiku diyakinkan. dan hatiku diyakinkan dengan jawapan ini: aku takut berharap dan diharapkan,~ memang lumrah manusia, saling memberi harapan aku takut kehilangan ketenangan hati,~ aku makin kerap mengadu kepada Allah aku takut aku makin jauh dari Allah, ~ dia ubahkan aku, aku mula ambil berat akan ibadah dan percakapanku. aku takut aku belum bersedia, ~ sampai bila? aku takut kalau dia tidak rasa apa yang aku rasa, ~ ikut kata hati aku takut bilamana setiap kali terfikirkannya jantung aku berdebar-debar, ~ itulah cinta, aku takut fikiran aku selalu memikirkan dirinya, ~ setiap kali aku terfikirkan dirinya, aku mengadu kepada Allah, bila aku mengadu kepada Allah, aku rasa semakin dekat dengan Allah. aku takut aku tengelam dalam cinta manusia, ~ jarak antara kami menjaga hati kami setiap ketakutan aku diatasi dengan keyakinan. dan aku x terdaya lagi nk mengelak dari dia. kerana mungkin dialah yang tercipta untukku. All My Love

Wednesday 5 December 2012

my frog prince

He is my frog prince. He said there will be a princess waiting to save him. Which he is refering to me. Hahahaha. Can i be your dream princess? Am i qualified enough? I want to be ur princess, and i will do anything to save you. Hahaha. Hey you, this is our fairytale world. It started with once upon a time and i really hope that it will ends with happily ever after. InsyaAllah.

vision

Ok, ini memang dh pelik dh. Aku x tau kenapa tetiba aku ada vision dlm mimpi yg ternyata jd benar. Sedang aku tertido lenanya, hingga terlupa nk offkan tablet n hp, aku termimpi dia reply komen aku di fb. Aku tersenyum dlm mimpi terus terjaga. Terkejut. Alih2, terus ku capai tablet, toink2, 6 notifocation from him. Wahhh, br je kjp td dia komen. Dlm 15 minit mcm tu. X biasanya dia on9 awal mcm ni. Sejak bila aku ada kuasa psikik ni? Hahahaha. Tp syok pulak kalau mcm ni. Dlm aku tggu dia on9 sampe tgh mlm, blh lh aku tido dulu next time. Ada mimpi je, trs bgn. Wahhh, x lh aku penat sgt nanti. Hehe. Mungkinkah ini petunjuk yang Engkau berikan kepada aku Ya Allah? Hehe. Terima kasih, alhamdulillah, Ya Allah. :-)

Tuesday 4 December 2012

awak

Awak, Saya dan awak di pisahkan dengan jarak...... Saya tak tahu apa yang awak lakukan,dengan siapa awak berada, dimana awak dan bagaimana keadaan awak..... Tapi Allah ada untuk kita.... Dan saya tahu Allah akan jaga awak untuk saya...... =) Saya mungkin terbatas untuk melihat awak,tapi tidak bagi DIA...... Awak,tolong ya pelihara hati dan diri awak.... Seperti yang saya lakukan sekarang........ KESETIAAN dan KEJUJURAN adalah asas dalam sesuatu perhubungan, Jangan khianati cinta saya untuk awak..... ('',) Saya harap awak percayakan saya,seperti mana saya percayakan awak.... (◕‿◕)
All My Love

jarak antara kami

Ya Allah, sungguh besar dugaan jarak ini. Walau apa pun, akan aku tempuhi jua. Kerana pasti ada hikmah disebalik semua ini. Bygkan, dh 5 thn aku x jumpa dia. Ya Allah, Engkau tenangkanlah hati ini. Engkau jagalah dia dan hati dia untuk aku. Aku x tau apa dia tgh buat skrg,dgn siapa dia berada, di mana dia dan mcm mana keadaan dia, tapi yang aku tahu Engkau sedang memerhatikan dia untuk aku. Tiada daya upaya aku selain menyerahkan segalanya kepadaMu. Jarak ini bermaksud tempat aku berdiri ini sungguh jauh dari dia dan kami hanya bhbgn scr on9 krn kami x btukar nombor pun. Jadi, jarak ini sangat menguji aku krn dia susah nk on9. Dia bgntg dgn wifi. Satu hr tu, satu kali je dia on9. So, mmg ssh sgt dia nk reply atau aku tggu dia on9. Wlpn mcm ni, aku ttp bsyukur krna dia msh spend time utk reply komen atau tweet aku. Setiap kali aku rindu dia, aku hanya mampu berdoa agar Engkau sampaikan salam rinduku kepadanya. Dan memohon agar dia merasakan rinduku. Kalau jarak ini trnyata terbaik untuk kami, Engkau kekalkanlah Ya Allah. Dan aku akan redhakan hati untuk menerimanya. Kalau ternyata dialah imamku di dunia dan akhirat, Engkau satukanlah hati kami, Engkau permudahkanlah segalanya untuk kami, dan Engkau jagakanlah hati2 kami agar fitrah cinta kami diredhaiMu, Ya Allah.

gila! hahaha

Hahahahahahahaha. Gila! Gila! Gila! Bbrp hari ni dh byk kali mak tegur aku, "apahal ko senyum sorg2, haieyh!". Aku "aaaa...aaaa...aaaa, speechless!" hahahaha. Teruk sangat dh ni. Aku tak boleh nak kawal senyuman aku lg dh ni. Tak pasal2 senyuman boleh terukir tetiba je di bibir. Gila angau aku dh kot! Hahaha. Tp x pa, aku yakin bukan aku sorg je mcm ni. Dia ngaku dia pun mcm aku. Kawan dye pun pernah tegur dia gila sbb senyum n gelak sorg2. Hahaha. It's a good news. At least aku tak gila sorg2. Hahahaha. Btw, awak, sy suka lagu ni. Dan saya tau awak pun mesti suka jugak kan. Mana tak nyer, kawan serumah awak asyik je bukak lagu ni kat rumah sewa awak. So, saya nak tujukan lagu ni untuk awak. Sayang ~ shae. Kerna dirimulah semangat untukku! <3

Access prohibited

Access prohibited! No access to my heart! Access to my heart is prohibited! But then, i don't how you can access my heart so easily. Like it was not prohibited for you. Hahaha. LOL, i talk nonsense! I AM IN LOVE WITH ACCESS PROHIBITED!

Monday 3 December 2012

mimpi semalam

Semalam aku bermimpi buruk. Aku x tau apa mksd mimpi tersebut. Nak aku abaikan tapi aku takut kalau itu petunjuk. Mimpi itu datang pada saat dkt nak subuh. Trs aku terjaga untuk bgn solat subuh. Seolah2 mimpi itu mengkehendaki aku untuk mengingatinya. Aku ingat setiap detail mimpi itu dgn jelas. Wlpn sesetengah perkara yang di dlm mimpi itu tidak masuk akal, tetapi separuhnya juga adalah benar. Ya Allah, aku sering meminta agar diberikan petunjuk olehMu. Adalah ini petunjuk itu yang Engkau sampaikan melalui mimpi? Atau apakah mimpi yg aku alami itu cuma mainan tidur? Aku perlukan petunjuk lg dariMu, Ya Allah. "boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya. (surah al-Baqarah : 216)

rasa ini

Ya Allah, Engkau buktikan lah bahawa rasa yang aku alami ini tidak salah. Aku memohon petunjuk kepadaMu Ya Allah. Tiada daya upayaku melainkan menyerahkan segalanya kepadaMu. Engkau yang telah menentukan siapa dia jodohku sejak aku berusia 4 bulan di dalam kandungan ibuku. Engkau yang maha mengetahui apa yg terbaik untukku. Inilah kali pertama aku mengadu tentang perasaan aku kepada seorang manusia kepadaMu, Ya Allah. Ya Allah, dia membimbingku supaya lebih dekat kepadaMu. Kalau sblm ini, aku slalu melewatkan solat, tapi sejak aku mengenali dia, aku mula solat di awal waktu. Kalau sebelum ini aku smbhyg 5 minit, tapi sejak dia hadir dlm hidupku, solatku menjadi lbh pnjg. Rasa ingin bersamaMu selepas solatku semakin mendalam. Aku mula cinta saat aku bersendirian denganMu, Ya Allah. Kalau dia mampu mengubah aku untuk jadi lbh baik pada hari ini, insyaAllah aku yakin dia mampu mengubahku untuk menjadi lbh2 baik pada masa akan datang. Tapi hanya dengan redhaMu, Ya Allah. Ya Allah, janganlah Engkau biarkan cintaku kepadanya melebihi cintaku kepadaMu. Dan janganlah Engkau biarkan aku terus lalai mengingati dirinya melebihi ingatanku kepadaMu. Engkau jagalah hatiku, Ya Allah. Dan semoga Engkau redha dengan prsn antara kami.

Sunday 2 December 2012

pelengkap hariku

Ya Allah, dia lah pelengkap hariku. Aku rasa kosong je kalau sehari dia x bls tweet atau komen aku d fb. Entah apa dah jadi dengan aku. Aku x blh nk tido slagi x tggu dia on9. Dia lah yg kwn yg paling bermakna skali dlm hidup aku. Dia sokong aku dlm setiap yg aku lakukan. Dia yakinkan aku utk jd org yg aku rasa x mampu nk jadi. Dia percaya pada kemampuan aku. Dia ikhlas kwn dgn aku. Dia ikhlas nk kenal aku dgn lbh dalam. Dia pujuk aku di saat aku rasa aku lemah. Dia lah penenang hati aku. Dia x pernah gagal buat aku tersenyum dan ketawa. Dia selalu pimpin aku jd lbh baik. Aku rasa bahagia sangat bersama dia. Namun, disebalik kebahagiaan ini tersemat kerisauan. Aku takut kalau kebahagian ini hanya sementara. Aku takut kehilangan dia. Aku takut kalau Allah x redhakan kami bersama. Aku takut kalau ternyata dia bukan jodoh aku. Aku takut untuk dilukai skali lagi. Aku takut kehilangan sahabat aku itu, Ya Allah. Ya Allah, kalau boleh aku nak dia sentiasa ada di sisi aku. Setiap saat yang Engkau pinjamkan utk aku bersama dia aku amat syukuri, Ya Allah. Aku hargai. Apa yang berlaku semuanya atas kehendakMu, Ya Allah. Esok, lusa dan hari seterusnya adalah sesuatu yang misteri bagi aku. Mungkinkah dia akan ada lagi untuk aku? Dan mungkinkah aku ada lagi untuk dia? Mungkinkah dia akan terus menemani aku? Dan mungkinkah aku masih lagi ingin menemaninya? Mungkinkah dia masih lagi mampu menjaga hatinya untukku? Dan mungkinkah aku masih lagi mampu menjaga hatiku untuknya? Ya Allah, Engkau yang Maha Mengetahui. Aku berserah kepadaMu. Jodohku, ajal mautku, rezekiku, aku serahkan kepadaMu, Ya Allah. Nikmat yang Engkau berikan kepada aku sekarang sangat banyak. Aku sedar bahawa nikmat yang aku nikmati ini adalah hanya pinjaman daripadaMu, Ya Allah. Dan aku sangat bersyukur atas semua nikmat yang Engkau telah berikan. Dia juga merupakan nikmat kasih sayang yang Engkau berikan kepadaku. Aku yakin, ada hikmah dia hadir dlm hidupku. Mungkin melalui dia, Engkau sampaikan kasih sayang Engkau kepadaku. Buktinya, dia membimbing aku untuk jadi dekat kepadaMu, Ya Allah. Kalau selama ini aku selalu lalai, dan Engkaulah yang mengingatkan aku melalui dia. Ya Allah, kalau Engkau tumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang dalam hati ini kepadanya, aku berdoa dan memohon agar rasa itu jatuh kepada orang yang sepatutnya, imam dunia dan akhiratku, InsyaAllah. Ya Allah, hati ini banyak mengadu kepadaMu. Engkau Maha Pendengar. Aku tahu Engkau mengetahui apa yang ada dalam isi hatiku. Engkaulah tempat aku mengadu dan memohon pertolongan. Soal dia, aku serahkan kepadaMu, Ya Allah. Aku memohon kepadamu jikamana dia lah yang Engkau tetapkan sebagai jodoh aku seperti yg tertulis di luh mahfuz, Engkau satukanlah hati aku dengan hatinya. Dan jika sebaliknya, Engkau jauhkanlah dia agar kami tidak saling menyakiti hati satu sama lain. Amin.

Saturday 1 December 2012

Kembali bahagia

Semalam, aku bahagia sangat Ya Allah. Ternyata dia begitu menghargai aku sebagai kawannya. Aku tak tau lah kenapa dia tetiba je ungkit pasal persahabatan antara kami tp aku bahagia sbb dia berani luahkan. Semalam dia ucap terima kasih dgn aku sbb sudi jadi kawan dia. Nampak mcm dia bersyukur sgt2. Dia juga cakap nice to meet me. Dan yang paling sweetnye dia cakap wlpn kat kolej abdillah dulu kami x pernah bertegur sapa, tapi dia rasa mcm dh lama kenal aku. Mesra mcm besties! Hehehe. Aw,sweet. Bila aku saja je nak uji dan cakap aku x nak lah kawan dgn dia lagi, dia pulak mcm kecewa. Hahaha. Sanggup pulak tu dia nk spon sbb nk trs kwn. Hahaha. Sweet! Paling membahagiakan bila dia cakap aku buat dia senyum dan ketawa mcm org gila. Hahaha. Bersyukurnya aku sbb aku bpeluang untuk bahagiakan seorang kawan. Semangat je dia nk tahu ttg aku. Nak tahu sikap aku. Mcm2 dia teka. Hahaha. Dan aku hargai usaha dia. Hari mendatang ternyata lebih indah sejak dia hadir dalam hidup aku. Senyuman x pernah lekang dari bibir aku. Walaupun jarang berhubung tetapi senyuman itu macam dah kekal selamanya kat muka ni. Hehehe. Kalau boleh aku nak terus berpeluang untuk bahagiakan dia, dan aku akan tetap bersyukur walaupun hanya sebagai kawan. Ayat dari dia : "Biar masa yang menentukan". <3 MNIBM, SAYA AKAN TUNGGU AWAK. DAN BIARLAH MASA YANG MENENTUKAN SEGALANYA. kalau jodoh kita lebih dari sekadar kawan, Allah pasti akan satukan hati kita, in shaa Allah. Aminnn.

risau

Ya Allah, Alhamdulillah, dia tak apa2. Sungguh aku risaukan dia. Kereta yang dia naiki dgn kawan2 dia kemalangan. Agak teruk je rupa depan kereta tu kena langgar. Nasib baik dia x apa2. Terima kasih Ya Allah, kerana Engkau lindungi dia. Aku takut sangat tadi. Takut kalau terjadi apa2 kat dia. Sungguh aku sayang dia. :'(