Sunday, 2 December 2012
pelengkap hariku
Ya Allah, dia lah pelengkap hariku.
Aku rasa kosong je kalau sehari dia x bls tweet atau komen aku d fb.
Entah apa dah jadi dengan aku. Aku x blh nk tido slagi x tggu dia on9.
Dia lah yg kwn yg paling bermakna skali dlm hidup aku.
Dia sokong aku dlm setiap yg aku lakukan.
Dia yakinkan aku utk jd org yg aku rasa x mampu nk jadi.
Dia percaya pada kemampuan aku.
Dia ikhlas kwn dgn aku.
Dia ikhlas nk kenal aku dgn lbh dalam.
Dia pujuk aku di saat aku rasa aku lemah.
Dia lah penenang hati aku.
Dia x pernah gagal buat aku tersenyum dan ketawa.
Dia selalu pimpin aku jd lbh baik.
Aku rasa bahagia sangat bersama dia.
Namun, disebalik kebahagiaan ini tersemat kerisauan. Aku takut kalau kebahagian ini hanya sementara.
Aku takut kehilangan dia.
Aku takut kalau Allah x redhakan kami bersama.
Aku takut kalau ternyata dia bukan jodoh aku.
Aku takut untuk dilukai skali lagi.
Aku takut kehilangan sahabat aku itu, Ya Allah.
Ya Allah, kalau boleh aku nak dia sentiasa ada di sisi aku.
Setiap saat yang Engkau pinjamkan utk aku bersama dia aku amat syukuri, Ya Allah. Aku hargai. Apa yang berlaku semuanya atas kehendakMu, Ya Allah.
Esok, lusa dan hari seterusnya adalah sesuatu yang misteri bagi aku.
Mungkinkah dia akan ada lagi untuk aku?
Dan mungkinkah aku ada lagi untuk dia? Mungkinkah dia akan terus menemani aku? Dan mungkinkah aku masih lagi ingin menemaninya? Mungkinkah dia masih lagi mampu menjaga hatinya untukku? Dan mungkinkah aku masih lagi mampu menjaga hatiku untuknya?
Ya Allah, Engkau yang Maha Mengetahui. Aku berserah kepadaMu. Jodohku, ajal mautku, rezekiku, aku serahkan kepadaMu, Ya Allah.
Nikmat yang Engkau berikan kepada aku sekarang sangat banyak. Aku sedar bahawa nikmat yang aku nikmati ini adalah hanya pinjaman daripadaMu, Ya Allah. Dan aku sangat bersyukur atas semua nikmat yang Engkau telah berikan.
Dia juga merupakan nikmat kasih sayang yang Engkau berikan kepadaku. Aku yakin, ada hikmah dia hadir dlm hidupku. Mungkin melalui dia, Engkau sampaikan kasih sayang Engkau kepadaku. Buktinya, dia membimbing aku untuk jadi dekat kepadaMu, Ya Allah. Kalau selama ini aku selalu lalai, dan Engkaulah yang mengingatkan aku melalui dia.
Ya Allah, kalau Engkau tumbuhkan rasa cinta dan kasih sayang dalam hati ini kepadanya, aku berdoa dan memohon agar rasa itu jatuh kepada orang yang sepatutnya, imam dunia dan akhiratku, InsyaAllah.
Ya Allah, hati ini banyak mengadu kepadaMu. Engkau Maha Pendengar. Aku tahu Engkau mengetahui apa yang ada dalam isi hatiku. Engkaulah tempat aku mengadu dan memohon pertolongan.
Soal dia, aku serahkan kepadaMu, Ya Allah. Aku memohon kepadamu jikamana dia lah yang Engkau tetapkan sebagai jodoh aku seperti yg tertulis di luh mahfuz, Engkau satukanlah hati aku dengan hatinya. Dan jika sebaliknya, Engkau jauhkanlah dia agar kami tidak saling menyakiti hati satu sama lain. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment