Monday, 4 June 2012

sepanjang aku menyepikan diri







As-salam buat pembaca sekalian...
ternyata sepi itu buat hati aku kosong.
kosong tapi tenang.
bermula hari jadi aku, aku memilih untuk nmenyendiri buat seketika.
untuk tenangkan diri aku.
aku mula satu kehidupan baru.

sepanjang kesepian yang aku nikmati ternyata banyak dugaan yang meragut kesepian itu.
dugaan ni yang aku pendam dan tak pernah cerita kat sapa2.
baru hari ni aku terasa nak meluahkan.

kalau kita ingat kita yang paling sedih dalam dunia, kita silap.
kerana ada lagi yang lebih sedih dari kita.
kalau kita ingat kita menghadapi dugaan yang teruk yang tidak dapat kita bayangkan, kita silap,
kerana ada lagi orang yang mengahdapi dugaan yang lebih teruk berkali-kali ganda daripada yang kita alami.
jadi, aku ingatkan diri aku, yang apa yang aku alami mungkin tidak seperti apa yang orang alami, mungkin lebih teruk, jadi aku perlu reda dengan segala yang menimpa aku...Wallahualam...

dia tidak pernah  'ngam' dengan aku.
aku selalu bergaduh dengan dia walaupun tentang perkara-perkara yang kecil.
namun jauh di lubuk hati aku, aku sayangkan dia.
aku x pernah nak tunjukkan sayang aku sebab aku ego.
aku ego kerana dia juga ego.
namun kami tetap sudara kandung, dia tetap kakak aku.
dan aku tetap sayangkan dia.

'hepatitis B'
perkataan itu telah meragut keegoan aku.
apabila kakak aku memberitahu yang kemungkinan dia menghidapi hepatitis b, aku rasa segala jenis penyesalan bersarang di lubuk hati aku.
penyakit ini yang dikatakan boleh menjadi kanser sekiranya tidak dirawat, benar-benar menyababkan kami sekeluarga risau.
menurut doktor, muka, mata dan kulit kakak aku kuning dan dia kurang darah beroksigen (oxyhaemoglobin). oleh itu, doktor telah membuat kesimpulan yang kemungkinan kakak aku menghidapi hapatitis b.
tapi ini hanyalah kemungkinan yang tinggal sebagai kenyataan yang tidak benar kerana ujian diagnostik yang keluar selepas 2 minggu menunjukkan bahawa kakak aku negatif hepatitis B.

namun, semua ini tidak berhenti cuma disitu.
doktor ingin membuat lagi pengesahan mengenai keadaan sebenar kakak aku.
oleh itu, kali ini doktor ingin membuat ujian darah talesemia pulak.
dan keputusannya, aku masih tidak tahu.

yang aku tahu kakak aku kekurangan darah merah dan cepat letih.
aku x tahu keadaan sebenar dia kerana dia tidak menceritakannya kepada keluarga.
aku nak sangat tahu tapi aku terlalu ego.
keegoaan yang tidak ada maknanya.
aku hanya mampu berdoa dia diberikan kesihatan dan dikuatkan tubuh badan dan mental untuk menghadapi dugaan yang diberikan.

p/s : kakak, sorie and i love u!

No comments:

Post a Comment