ni sebagai nota2 ckit..
Kilat ialah nyahcas elektrik di ruang atmosfera yang sering berlaku ketika ribut petir dan kadang kala semasa letusan gunung berapi atau ribut debu.[1] Kilat sering diiringi oleh guruh. Dalam nyahcas keelektrikan atmosfera, perintis kilat mampu bergerak selaju 60,000 m/s dan mencapai suhu sekitar 30,000 °C (54,000 °F), cukup panas bagi melakur pasir silika kepada "kilat membatu", dikenali secara saintifiknya sebagai fulgurit yang lazimnya berongga dan boleh memanjang seberapa jauh ke dalam tanah. Terdapat kira-kira 16 juta ribut petir setiap tahun.[1]
Kilat juga berlaku dalam awan abu dari letusan gunung berapi atau mungkin disebabkan oleh kebakaran hutan yang menghasilkan cukup debu untuk menghasilkan cas statik.
Kilat juga menghasilkan medan magnetik dan sinar X.
Secara purata, kilat membawa arus elektrik sebanyak 40 kiloampere (kA) (meskipun sesetengah halilintar kilat boleh mencapai lebih 120 kA) dan memindahkan cas sebanyak 5 coulomb dan 500 MJ. Voltan bergantung kepada panjang kilat, dengan pemecahan dielektrik di udara mewujudkan 3 juta volt per meter; menghasilkan lebih kurang 1 gigavolt (1 bilion volt) bagi 300 m (1000 kaki) halilintar kilat. Dengan arus elektrik sebanyak 100 kA, ia menghasilkan kuasa kira-kira 100 terawatt. Bagaimanapun, penghasilan kilat bukanlah pemecahan dielektrik yang ringkas dan medan elektrik di sekitarnya diperlukan bagi perambatan kilat pendahulu, boleh menghasilkan beberapa turutan magnitud kurang daripada kekuatan pemecahan dielektrik. Selanjutnya, kecerunan keupayaan dalam saluran panahan balik terbina baik dalam urutan seratus volt per meter atau kurang kerana saluran pengionan yang sangat besar, menghasilkan output kuasa sebenar dalam turutan megawatt per meter bagi arus panahan balik kuat sebanyak 100 kA.
Kilat memanaskan udara sekitar kepada kira-kira 10,000 °C (18,000 °F) hampir serta-merta, hampir dua kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan gelombang kejutan yang dapat didengari yang juga dikenali sebagai guruh.
Panahan balik halilintar kilat mengikut saluran cas sahaja adalah kira-kira 1 sm (0.4 in) lebar. Kebanyakan panahan kilat adalah kira-kira 1.6 km (1 batu) panjang. Rekod panahan kilat terpanjang yang pernah dicatatkan ialah 190 km (118 batu), dilihat berdekatan Dallas, Texas, Amerika Syarikat.Setiap lokasi mempunyai keupayaan (voltan) dan arus bagi purata panahan kilat yang berlainan.
Saintis NASA telah mendapati gelombang radio yang dihasilkan oleh kilat melompat melepasi zon selamat dalam jalur sinaran di sekeliling bumi. Zon berkenaan dikenali sebagai jalur Van Allen, berpotensi sebagai perlindungan selamat untuk satelit daripada sinaran matahari.
apa yang aku post tadi adalah serba sedikit pasal kilat....
hurm~ kenapa aku tetiba fikir pasal kilat?
tadi, waktu aku balik dr kuliah, hujan turun dgn lebat wif thunder & bolt.
aku bukan main takut lg nak bjalan balik ke asrama.
gara2 takut dgn kilat & hujan yang terlalu lebat, aku dgn a few classmates aku lepak2 lah dulu dalam kelas.
suspens giler dalam kelas. tengok kanan kiri kilat sambung menyambung.
fobia... semua ni gara2 kejadian budak junior kena sambar kilat...
nasib baik dia kena 'ekor' kilat je.. x teruk sangat.
cuma gigi patah, lebam ckit2 & dmasukkan ke hospital...
time tu jugak dia tgh guna MP3. mana tak nye...
dalam news, macam2 berita yg dlaporkan.. hampir semua nya x betul... tokok tambah...
berita yg btul2 sahih adalah berita dr izhama jibang. dia saksi utama.
gara2 hal yang berlaku pd junior aku tu, aku jd fobia dgn kilat.
ok, persoalan aku... :
korang kalau tengok hujan lebat & kilat, korang buat apa?
buat2 x tahu je ke atau cari tempat yg selamat... (bawah meja?) hehe...
kalau org tu x reti takut, kompom dia main redah je hujan & kilat tu...
tapi kalau org yg penakut mcm aku, hehehe.. fhm2 je ler...
oklah, itu je entry utk hr ni..
pesanan aku, jaga diri baik2..
takut tengok kilat sambar menyambar tu, elak2 lah k.. hehee
No comments:
Post a Comment