kadang2, apa yang kita perlu buat adalah meletakkan diri kita pada tempat orang lain. kita takkan pernah terlepas dari membuat kesalahan dan kita takkan pernah dapat memuaskan hati semua orang. nakkan ke taknak, pergaduhan dan ketidak saling fahaman pasti akan berlaku?
so macam mana cara yang terbaik untuk tangani semuan ini?
seperti yang aku kata tadi, kita perlu meletakkan diri kita pada tempat orang lain. kita cuba bayangkan kita sebagai dia dan cuba memahami perasaan dia pada ketika itu.
ok, apa yang aku merapu kata tas tu sebenarnya ada kaitan dengan apa yang aku nak cakap hari ini.
tadi, mak dan kakak aku baru lepas bergaduh... petang tadi aku yang gaduh dgn kakak aku..
giler takut aku...
giler teruk dyeorg gaduh...
sampai menangis & bapak pun melibatkan diri skali....
kenapa berlaku pergaduhan kat rumah?
Saling tidak memahami antara satu sama lain dan tidak mahu peduli hati dan perasaan satu sama lain, ITULAH PUNCA PERGADUHAN!
mak aku jenis yang kuat berleter. kakak aku pulak jenis yang degil.
bila mak aku asyik nak berleter tiap2 hari tak kira ada salah ke tak, kakak aku akan lawan cakap mak aku. bila kakak aku meluah apa yang dia rasa ttg mak aku, mak aku pulak tak nak dgr...
so, bagi aku kat cni, dua2 salah...
wahai mak2 kat luar sana, tolonglah kurangkan berleter kat anak-anak. jiwa anak mana yang tahan dengar leteran hari? dan wahai mak2 sekalian, dengarlah luahan hati anak2 anda. kita perlu mendengar untuk lebih memahami & menyelesaikan masalah. jangan asyik nak kata sendiri betul walaupun mak2 lebih awal makan garam dr kami yang muda2 ni...
wahai anak2 pulak, jangan melawan kata makbapak.. buat mak dan ayah menangis bermaksud tak cium syurga.... jangan degil. jadi anak yang taat. tak kisah lah kita betul ke salah ke, ke diamkan aje... cukuplah kalau kita sorg saja tahu yang kita tidak bersalah. bersabar dengan kerenah makbapak sepertimana mereka bersabar dengan kerenah kita. hargailah makbapak selagi mereka masih ada didunia ini.
walau apa pun yang berlaku, aku sayangkan keluarga aku...
aku sayangkan bapak aku.
aku sayangkan mak aku.
aku sayangkan kakak aku.
aku sayangkan abang aku.
aku sayangkan adik aku.
aku sayangkan diri aku sndiri
dan aku sayangkan keluarga ini.
aku berdoa agar aku diberi lebih banyak masa lagi untuk bersama dengan mereka semua dan aku berdoa yang keluarga aku akan tetap kukuh dan bahagia sampai ke akhir hayat kami semua.
Ya Allah, Engkau tempatkanlah mak dan bapakku di tempat orang2 yang beriman disisiMu. Engkau panjangkanlah umur mereka dan kurniakan lah mereka nikmat kesihatan dan kesenangan hidup didunia dan di akhirat.
Ya Allah, Engkau berkatilah kami adik beradik. berikanlah kami kejayaan hidup didunia dan di akhirat. Engkau jadikanlah kami adik-beradik sebagai anak2 yang soleh dan solehan kepada kedua ibu bapa kaimi.. Amin Ya Rabbalalamin..
No comments:
Post a Comment