Sunday, 20 November 2011

PInjaman semata-mata

hari ini, aku mengalami satu peristiwa yang buruk dalam hidup aku.
kerana satu kemalangan kecil, aku hampir kehilangan salah satu deria yang paling penting bagi manusia, iaitu deria penglihatan...
aku bersyukur sesangat yang kemalangan yang aku alami hanya dibahagian dalam dan tepi kelopak mata.... memang berhampiran sangat2 dengan mata....
sakit giler... pedih mata aku... berdenyut-denyut...
kali pertama aku melihat darah mengalir di dalam mata....
cair kerana bercampur air mata...
oleh sebab aku takut dan panik, x tau apa nak buat, aku pun lap darah yang mengalir tu guna baju..
memang byk lah darah kat baju...
aku x bagitau mak dan bapak aku ttg luka kat mata aku ni..
aku x nak diorang risau.
aku diam2 je... lagipun orang memang x akan prsn luka kat mata aku ni sbb nampak seperti bulu mata..
serius mak dan bapak aku x prsn luka kat mata aku sbb aku mengelak dr tgk muka diorang..
tapi mak prsn baju putih yang aku pakai tadi ada kesan darah...
tapi dia x tau lah yang tu darah, dye just tanya apa yang kat baju aku tu...
aku hanya jwm 'huh? hmmm..."
nasib baik mak aku x mejal n tanya lebih lanjut..

malang memang tidak berbau...
aku betul2 bernasib baik kerana mata aku x cedera...hanya kelopak mata je yg luka dalam..
tapi yang aku risaukan sekarang ni, luka ni tak di bagi ubat, blh kena infection ke nanti? kalau ye, mesti bahaya buat mata aku.... giler aku risau... aku pun pergi lah letak ubat gamat yang au beli masa kat langkawi dulu... itu je ikhtiar yang aku ada untuk ubat luka ni sbb mmg rumah aku ni x da ubat sapu & mak bapak aku pun x tau...

lepas apa yang aku alami,
muncul satu kesedaran dalam hati aku..
bukannya selama ini aku x sedar, cuma aku lalai dan memandang rendah sangat ttg perkara ni..
bnar kata org,selagi kt x kehilangan sesuatu tu, slagi itu kita x akan btul2 menghargainya...
macam yang aku alami, bila aku dah hampir2 kehilangan sesuatu yang penting dalam hidup aku iaitu deria penglihatan, barulah aku sedar dan bersyukur yang Allah masih lagi memberi aku peluang untuk meminjam kurniaannya untuk masa hadapan.
segala apa yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata..
kita x akan tahu bagaimana dan bila apa yang kita pinjam itu akan diambil balik oelh Allah.
Allah maha pemurah.... semua disekeliling kita ini adalah pinjaman semata-mata...
dari nafas, deria,objek konkrit,orang2 yang kita syg, semuanya adalah pinjaman.
sementara kita masih diberi pinjaman ini, jaga lah elok2 segala yang dipinjam,
nikmatilah, gunakanlah untuk melakukan amal dan perkara2 yang baik di dunia ini.

aku harap kisah aku hari ini beri pengajaran yang bermakna buat korang..
sama-samalah kita mengambil iktibar dan berubah kepada sesuatu yang lebih baik..InsyaAllah..


All My Love

No comments:

Post a Comment