tajuk bukan main grand... cewahhhh.. ala2 tajuk novel lak... hahahahaA
Akan aku halangi rasa itu,
Rasa yang tidak diundang datangnya,
Rasa yang buat hati ini keliru,
Rasa yang hadir bukan pada masanya.
Akan aku halangi rasa itu,
Agar mindaku tidak terdetik untuk memikirkanmu.
Agar hati ini tidak jatuh kepadamu.
Agar cinta ini masih menjadi kepunyaan aku.
Akan aku halangi rasa itu,
jangan pernah kau mendekati aku,
jangan pernah kau tersenyum mesra padaku,
jangan pernah kau sentuh hati aku,
kerana aku akan pastikan semuanya sia-sia.
tanpa ada rasa.
p/s : Stay away. My heart is "CAPS LOCK"...hahaha.. ^^,
No comments:
Post a Comment