apakah benar perasaan ini?
aku tertanya-tanya.
adakah dia merasa apa yang aku rasa?
atau adakah aku bertepuk sebelah tangan.
kadang tu aku rasa nak menyerah sebelum mencuba.
kerana aku nak jaga hati aku yang rapuh ni.
tapi sampai bila aku nak terus melindungi hati aku?
lambat laun, aku terpaksa juga menghadapi semua ni.
dan tak mungkin aku akan dapat lari lagi...
kadang tu aku mengharap lebih daripada dirinya.
aku berharap dia merasa apa yang aku rasa.
aku ingin tahu apa yang dia fikir tentang aku.
apa nilai aku dalam hidup dia.
aku bertanya kerana aku tidak yakin ttg perasaannya.
kadang tu aku rasa lebih baik aku terus melupa.
lupakan segala rasa sementara masa masih ada.
kerana sekiranya aku terlambat sedetik pun untuk menarik perasaan aku,
aku pasti akan terluka.
dan lambat untuk bangkit semula.
kadang aku ingin terus berharap.
berharap rasa itu akan tersemai dalam hati dia.
dan berharap dia akan jadi milik ku.
merasa apa yang aku rasa.
dan menjadi seperti apa yang aku inginkan.
hati ini berbelah bagi.
adakah aku patut menyerah kalah sebelum mencuba.
atau terus berharap keajaiban akan terjadi.
apakah suatu hari nanti aku akan derita kerana meletakkan harapan
atau bahagia kerana tidak mengambil sebarang risiko.
hati ini berbelah bagi...
No comments:
Post a Comment